wHaT mAtTeRs MoSt Is HoW yOu SeE YoUrSeLf!!

Whatever u called me,ninie,tinie,tinot,bunga,bu or minahcyber aka MC,its me!Hehehe...

Wednesday, October 05, 2005

Salam Ramadhan..

Assalamualaikum semua..

Selamat menjalani ibadah puasa.Semoga segala amalan kita diterima oleh Allah S.W.T.Alhamdulillah,so far sampai pukul 3:49 waktu pc bu ni,boleh tahan lagi puasa.Takde rasa letih ke,lapar ke..cuma ngantuk je.=D hehehehheh..sbb dari tadi bangun sahur kul 4.30 tak tido sampai kul 11.Pukul 11 tadi lelap la kejap sampai kul 1..Baby dalam perut pun baik je..Tak wat hal..Dah bagitau masa sahur tadi.. 'Sayang,bu puasa hari ni.Jangan nakal nakal ye..'

Sekam di kaki

Masih sakit lagi.Semalam gi check up baby.Patutnya pegi hari Isnin tapi tak larat sangat sbb kaki ni sakit.Malas nak jalan.Nasib baik nurse kat klinik ibu dan anak tu mood ok,lagipun ramai ibu2 dah balik.Tinggal kita sorang je,cepat sikit la servisnya. =) Cuma silapnya sampai dah pukul 12.Pukul 1 dah tutup untuk makan tengahari.Pukul 2 kene datang balik.Urine kotor,kene jumpa doktor.Pasal sekam ni pun nak jumpa doktor gak.Dah tak tahan dah.Berdenyut denyut.Nurse kat klinik ibu dan anak tu kata,maybe kene cabut kuku.Alamak!takutnya!tapi..nak baik punya pasal..jumpa la jugak..uwaa...Nasib baik doktor tu baik sangat,lembut je.Masa pegi tu,bungkus la ibu jari kaki ni,takut terlanggar apa apa nanti sakit. =( Doktor tu pun bukak la masa nak check tu.Punya la hati-hati sampai dia pulak yg say sorry kat kita.Takut kita sakit.Alahai...hilang sakit time tu...Tanya kat doktor tu,kene cabut kuku ke?Doktor tu kata,dia tak pernah kasi order untuk cabut kuku.Selalu dia kasi ubat dan pencuci je.Fuhh..legenye la bila dengar camtu.Untuk semalam kene cuci luka sekam ni kat dressing room kat klinik tu.Kemudiannya balik kene buat sendiri.Masa nurse dresser tu cuci..adoi mak...sakit tu...dia tenyeh tenyeh je..tapi bersih arr..ditaruknya ubat,pastu bungkus..Sesambil tu dia tanya la caner leh jadi teruk camni,so bu explain la yg macam macam ubat bu taruh.Segala gamat,inai,antiseptik cream..Rupa rupanya silapnya pada ubat ubat gamat..Gamat sumber hidup yg menggalakkan pertumbuhan daging kat luka tu..tu yg makin teruk tu..Tobat la takmo pakai lagi gamat gamat nih..GAMAT!!! Oppss..lupa.Guess what? For the first time sepanjang mengandung ni,weight turun 0.6kg.Mcm tak percaya je,maybe pasal tak lalu makan sejak sakit sekam ni kot...

Pindah PC

Kelmarin pindah pc masuk dalam bilik supaya selesa sket.Kat belakang tu panas,sempit.Lagi2 sekarang ni dah join Studio Traffic dan buat blog baba ,spend byk masa arr kat pc ni..Kalau dah beli baby cot dah takde tempat,melainkan keluarkan tv kesayangan baba nih.Depends on him la,nak tido ngan tv ke nak tido ngan anak nanti?? heheheh...(ada unsur ugutan tak di situ?) Tapi dalam tempoh berpantang nanti mungkin tido bilik mama kot,coz bilik mama besar sket,tumpang letak baby cot sementara baba decide nak 'berpisah' ngan tv kesayangan dia atau tak..heheheh..

Dah petang pun,Selamat Berbuka Puasa pada semua yang berpuasa..Yang tak puasa tu,makan la sama sama.hihiihi..

0 Comments:

Post a Comment

<< Home