wHaT mAtTeRs MoSt Is HoW yOu SeE YoUrSeLf!!

Whatever u called me,ninie,tinie,tinot,bunga,bu or minahcyber aka MC,its me!Hehehe...

Wednesday, October 12, 2005

'Epilog Cinta' Madah di malam hari..

Berlatarbelakangkan lagu lagu cinta di YM,sesambil membelek belek blogku sendiri,mencari idea penyudah blog babyku,ku terbaca blog memberku agak lewat(biasanya hari hari baca)..Berpisah rupanya dia..patutlah semacam je kelmarin bila chat dgnku..tak sempat nak bertanya lebih lanjut 2 hari ni kerana aku online agak lewat.sibuk membantu mama membuat kuih raya.di keheningan malam menanti suami tersayang pulang dari mencari rezeki,datang mood sentimentalku dan ilham untuk bermadah serta berpuisi...telah kuciptakan satu untuk ima..

cinta tiada titik noktah.berakhirnya satu ikatan tak mematikan cinta.samaada berubah rasa cinta itu atau beralih arah.bertukar ganti seiring masa dan situasi serta siapa yg kita dampingi.cinta sentiasa ada..kenali ia dan hargai ia..yg paling penting..kenanginya dalam perspektif yg berbeza setiap masa...cinta itu indah.itulah hakikatnya walaupun kita sering terluka dan berduka kerananya...

diharap dapatlah menenangkan hatinya yang sedih dan keliru itu..cinta itu abstrak..huh..(sambil tersenyum sinis) teringat aku akan ungkapan itu,dari seorang bekas kekasih.dia merupakan seorang tujuan cintaku satu ketika dulu.bertahun menanti dengan harapan akan terjalin jodoh antara kami namun..akhirnya..masing masing kahwin orang lain..heheh..lucu kan?itulah yang dinamakan jodoh,suratan takdir atau kehendakNYA.kita hanya mampu merancang namun Tuhan yang menentukannya..Kami masih lagi berkawan dan ber'cinta'..Aha..jgn salah tafsir..cinta kami tak lebih sebagai kawan,kawan yang mengambil berat dan bertanya khabar antara satu sama lain..yang masih menjalinkan ukhuwah yg dilarang islam untuk memutuskannya..kami merasa gembira dan bahagia untuk masing2..sering doa mendoakan..begitulah 'cinta' berpanjangan.......

0 Comments:

Post a Comment

<< Home