wHaT mAtTeRs MoSt Is HoW yOu SeE YoUrSeLf!!

Whatever u called me,ninie,tinie,tinot,bunga,bu or minahcyber aka MC,its me!Hehehe...

Saturday, December 11, 2004

Akhlak Buah Ibadah (2)

Sebelum ini, saya ada menyebut hasil dari benih dan pokok yang baik, kita lahirkan buah yang baik. Benih dan pokok itu adalah perumpamaan kepada ibadah yang baik, yang ada roh. Buah-buah yang baik ialah akhlak yang baik dan di antaranya ialah kita jadi penghibur kepada orang lain. Kita menghiburkan orang sehingga orang terhibur dengan kita. Tolong jangan sempitkan watak penghibur itu. Bukanlah penghibur itu sekadar kita menghiburkan orang dalam bidang nyanyian dan lakonan semata-mata. Benar, itu dikatakan penghibur. Tetapi apa yang nak disebut di sini ialah penghibur dalam skop yang lebih besar dan global.Bagaimana watak penghibur itu sehingga orang boleh terhibur dengan kita? Di sini di bawa contoh-contohnya:
1. Di jalan raya, utamakan orang lain dahulu, sekalipun jalan kita.
2. Bertanya-tanyalah hal jiran samada Islam atau kafir. Kesusahannya dibantu, sakitnya diziarahi, ketiadaannya dorong kita menjaga rumahnya.
3. Waktu makan di kafe atau restoran, bayarkanlah orang di kanan kiri kita sekadar yang kita mampu.
4. Begitu juga di pasar, bayarkanlah orang yang membeli di sebelah kita lebih-lebih lagi kalau dia miskin.
5. Apabila naik bas, utamakanlah orang tua atau kaum ibu untuk duduk.
6. Kalau ada orang susah meminta, berilah, jangan dikecewakan. Kita berhutang kerananya pun tak mengapa.
7. Hutang orang kepada kita, jangan dipinta. Kalau mereka bayar, Alhamdulillah. Jika tidak, halalkan sahaja.
8. Jika kita bersalah dengan siapa sahaja, minta maaflah. Orang bersalah dengan kita, maafkanlah sahaja sekalipun dia tidak memintanya.Untuk dapat semua ini, mesti berasaskan cinta dan takut Tuhan. Bila ada rasa cinta dan takut Tuhan dalam ibadah kita, baru boleh lahirkan buah-buah sebegini. Mengapa? Sebab bila kita dah kuat cinta dan takut Tuhan, otomatik, kita akan berkasih sayang sesama manusia. Allah campakkan dalam hati kita rasa kasihan kepada makhlukNya. Dan Allah limpahkan rahmatNya kepada kita, suka berbuat baik kepada orang. Akan terdorong dalam hati, rasa ingin membantu dan menghiburkan orang lain.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home