wHaT mAtTeRs MoSt Is HoW yOu SeE YoUrSeLf!!

Whatever u called me,ninie,tinie,tinot,bunga,bu or minahcyber aka MC,its me!Hehehe...

Saturday, December 11, 2004

Akhlak Buah Ibadah (1)

Ibarat menanam pokok, dari benih tumbuh pokok. Dari pokok, membesar
hinggalah mengeluarkan buah. Jadi, menanam pokok itu, yang mahu dilihat
adalah hasilnya. Apakah ada hasil, mengeluarkan buah atau tidak. Jadi,
kalau benih baik, nescaya buah pun baik, jadi elok. Boleh dimakan dan sedap
rasanya. Perumpamaan Islam, begitulah. Kita beribadah hakikatnya untuk buah.
Kalau betul benihnya, ia akan lahir pokok dan insyaAllah lahirkan buah. Dan
buah tersebut bukan masam, tetapi manis dan dapat dirasai oleh ramai orang.
Apakah buah ibadah? Itulah dia akhlak yang baik. Yang mana bukan sahaja kita
selamat, tetapi kita menyelamatkan orang. Kebaikan kita lebat dan manfaatnya
merata kepada orang lain. Orang dapat banyak manfaat dari kita. Orang dapat
berbagai-bagai kebaikan dari kita. Kita menjadi penghibur kepada orang dan
orang terhibur dengan kita. Inilah sepertimana yang disebut oleh Rasulullah
s.a.w., "Sebaik-baik manusia ialah manusia yang banyak memberi manfaat
kepada orang lain." Apakah kita sudah jadi seperti itu? Kalau belum, elok
"check" benih dan pokok kita tadi yakni ibadah yang kita lakukan. Apakah
ibadah kita itu, ambil contoh yang utama seperti sembahyang, sudah betul?
Atau bimbangnya, sembahyang kita itu hanya luaran sahaja, tak libatkan yang
dalam. Sembahyang kita itu, fizikal sahaja menghadap Tuhan, tapi hati entah
ke mana-mana. Dalam sembahyang, hati kita membesarkan dunia, bukan Tuhan.
Bila mula sembahyang, kita melafaz Allahu Akbar, tetapi ia sekadar lafaz.
Hati tak terasa sebegitu.
Kalau benar sedemikian realiti sembahyang kita, mustahil ibadah kita itu
dapat membuahkan akhlak. Agak sukar ia dapat melahirkan buah-buah mahmudah
(sifat-sifat terpuji). Tidak hairanlah, dunia hari ini huru-hara dibuatnya.
Manusia berkrisis di sana-sini, jiran-jiran tiada aman dibuatnya, sesama
Islam dengki-mendengki hingga hilang kasih sayang, yang bukan Islam pula
jelik dengan perangai buruk orang Islam. Begitu juga yang fakir, yang
miskin, hidup merana tanpa pembelaan. Yang kaya pula, sombong dan asyik
mengejar dunia. Ilmuwan dan teknorat dengan bidang masing-masing, menuntut
ilmu dan membuat kajian untuk glamour, kepentingan diri dan kekayaan
sendiri. Kerana harta, timbul tuduh-menuduh, fitnah-memfitnah hingga ada
bunuh-membunuh. Tak terkecuali gejala rompakan dan ragut yang berleluasa,
sedang hangat diperkatakan.
InsyaAllah, semua ini boleh dielakkan jika benih dan pokok yang kita tanam
itu tepat dan sesuai, hingga boleh mengeluarkan buah yang baik-baik. Itulah
dia ibadah yang ada roh. Ibadah yang dilakukan atas dasar cinta dan takut
Tuhan. Barulah nanti, buahnya adalah akhlak yang baik. Kita selamat, begitu
juga orang lain. Masing-masing menghiburkan satu sama lain.
www.rufaqa.com

*sumber emel - mohdfazel mohdsalleh [mohdfazel@hotmail.com]
ingatan@yahoogroups.com

0 Comments:

Post a Comment

<< Home